Monday, September 12, 2011

Kuih raya 2011

Jom kita tgk2 kuih raya yang saya buat thn ni....x le seberapa...tapi ok lah...dpt bt pun 4 jenis ni je...sibuk dgn tempahan....

semua resepi ni amik dari my resepi dan ada dari blogger2 masakan yg lain..
maaf ye yg mana ada resepi tp saya x masukkan nama blogger..sbb x ingat...huhuhu...
anyway thanks..pd yg menyumbang resepi





Choc sticks

125 gm mentega
1/2 camca teh esen vanila
30 gm gula aisin
130 gm tepung gandum
15 gm tepung beras

cara:

Putar mentega, gula aising dan esen vanila
masukkan tepung, gaul sebati
tepung tadi saya masukkan dalam piping beg, potong muncung dia lebih kurang 2cm
picitkan ikut sama panjang
bakar pada suhu 175c anggaran 20 minit
corakkan coklat atasnye....






Sarang semut

250 gm butter
100 gm gula halus
350gm tepung gandum (diayak)
100 gm tepung jagung ( diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
choc rice/manik utk hiasan

cara

pukul kembang butter dan gula
masukkan kuning telur
masukkan tepung dan gaul rata
parutkan adunan dalam mangkuk kecil
dan sudukan dalam paper cup
taburkan coklat rice dan manik
bakar dalam oven dgn suhu 180c anggaran 15minit





Biskut Arab

500 gm tepung gandum
250gm gula halus
250 gm minyak sapi

cara:

gaul tepung, gula, minyak sapi yang dicairkan sehingga sebati
ambil sedikit adunan, bahagikan kepada 3 warna
bulat2 sepert guli dan dipeperkan sedikit
(bulat tu jgn besar sgt, nnt dah masak jadi besar sgt..hehhehe)
kemudian digolekkan atas gula halus (saya x golekkan pun sbb rasa dah manis)
bakar pada suhu 160c anggaran 20 minit




Biskut dahlia strawberry

bahan a
200 gm mentega
100 gm gula icing
a biji kuning telur
1/2 tsp perasa strawberry
1/2 tsp pewarna merah

Bahan b

250gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad

cara:
sebatikan bahan a
masukkan bahan b dan uli rata
guna acuan dan paipkan
tabur manik/ceri atasnya sbg hiasan
bakar selama 15 minit dgn suhu 145c

No comments:

Post a Comment