Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Pancake




Pancake dengan blueberry dan peanut butter

Resepi asal :
amik dari blog

saya copy paste je kat bawah ni ye... dah try tinggalkan komen kat blog akak tp x leh...
sorry... :(


Resepi pancake

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur
1 cawan susu segar atau susu sejat
2 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Gaul tepung, gula dan baking powder dalam satu bekas besar.
2. Pukul telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam satu bekas asing.
3. Gabungkan kedua-dua campuran perlahan-lahan.
4. Panaskan non-stick pan, bila dah panas kecilkan api dan tuangkan campuran sebesar saiz yang dikehendaki. Saya guna pan kecil ngam-ngam saiz pancake.
5. Kalih pancake apabila gelembung-gelembung udara telah kelihatan di bahagian atas/tepi dan apabila dikalih warnanya sudah perang.
6. Panaskan sekejap sebelah lagi satu dan siap!
7. Boleh makan dengan madu, coklat dan macam2 lagi asalkan keluarga suka. Makan begitu sahaja pun sedap.

Sunday, November 25, 2012

Mini Pizza








Mini pizza

Base mini pizza ni kita ikut adunan Mini donut ... Kalau guna adunan donut ni senang, x byk bhn nak di gunakan..kebanyakkan semua ada kat umah... kita copy paste lagi sekali lah resepi dia kat sini

Base pizza


3 cawan tepung gandum
1/2 pack mauripan
1 sudu pekat
2 sudu marjerin
sedikit air
gula aising
minyak untuk menggoreng

- mauripan dibancuh dgn airsejuk dan di ketepikan
-satukan tepung, susu, marjerin, dan mauripan tadi
-uli dgn air sehingga doh menjadi cantik
- ambil doh ikut saiz pizza yang kita nak...
- bulat2 kan dan leperkan mcm gbr kat atas tu... :)
Bahagian atas pizza
- sapu sos cili , thousand island
- susun hot dog yang telah dihiris
-tabur jagung + carrot + kacang peas 
- tabur mozarella cheese

Bakar pada suhu 180c, 20 minit

Thursday, October 18, 2012

Cream Puff


Salam dan selamat pagi semua... Jom Sarapan Cream puff dengan inti custard.. Dah lama dah teringin nak buat, org sibuk buat crepe durian sekarang, kita terhegeh2 buat cream puff ni..hehe...
Resipi ni amik dari blog HaSue , mmg sedap...anak2 pun suka.. Saya c&p je ye , jgn marah...

Resepi

Cream Puff

Bahan-bahan ( 10 biji )-kalau buat comel2 dapat banyak gak.. (saya buat dapat dalam 20 biji, mungkin comel je saya buat ..huhu)
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm (tp x de butter saya guna mentega jer)
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara

Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit.(kalau agak dah nak gelapkan sangat warnanya, boleh keluarkan dah , tp jgn cepat sgt, agak2 nak sampai 25 minit tu, ok lah ). Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.


Custard Cream

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
(Saya masak atas api perlahan, kacau hingga pekat)
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Monday, September 10, 2012

Tepung Pelita







Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

Roti Jala



Roti Jala dan Kari Ayam

roti jala
blender
telur sebiji
100 gm marjerin


garam dan kunyit sedikit
2 cawan tepung
2 1/4 cawan air
(air dan tepung blend sedikit demi sedikit)
kalau rasa masih pekat boleh tambahkan air sedikit
pastu dah siap boleh menjala, atas kualii dgn minyak yg sedikit (hanya sapu dgn tisu)
kari ayam
tumis kulit kayu manis,bunga cengkih
dah naik bau masukkan bawang besar, putih dan halia yang di blender dan serbuk kari..
dah agak garing masukkan, santan, kentang dan ayam... dan sedikit garam
biarkan hinnga empuk kentang

Monday, February 13, 2012

Puding Karamel Oreo tanpa telur

Ronda-ronda cari resepi dan terjumpa resepi puding karamel tanpa telur dari My resepi , firasyira .... bagi yang alleregic telur atau yang x berapa minat rasa telur ..boleh lah cuba.... Cara nya memang amat mudah sekali .... tapi saya menderhaka sikit.. pandai2 bubuh oreo crumb... hehehe...


Resepi

Bahan A 
  2 senduk gula 

Bahan B   
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula 

Bahan C   
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
sedikit oreo crumb

(Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

  1.   Hanguskan gula terus atas acuan,bila berwarna keemasan tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. 
  3. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. 
  4. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. 
  5. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. 
  6. masukkan sedikit oreo crumb dan kacau perlahan
  7. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

Thursday, January 19, 2012

Apam Kukus Choc Rice


Lama dah tak menjejak kan jari kat blog ni... Semalam tengah2 syok tgk fb...tetiba tergerak hati nak buka page Kongsi resepi ... saya pun scroll down...tgk2 resepi... tetiba terhenti lak kat resepi dari Qasey Honey apam kukus choc rice ni...  bahan2 semua ada kat rumah ni... apa lagi... jom buat....

Resepi asal ni pun Qasey Honey dapat dari sini ... jom tengok apa bahan2 nya...

Apam kukus choc rice

200 gm gula halus
2 biji telur
160 ml air
200 gm tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1/2 baking powder
25gm serbuk koko
1 sudu teh emulco
1 sudu kecil ovalete
coklat rice

cara-caranya

1) satukan telur gula dan air, pukul hingga putih dan berbuih
2)Ayak bersama tepung, serbuk koko, garam , baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan telur sambil dipukul perlahan hingga sebati. Masukkan coklat emulco dan ovalette dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan jadi agak kental.
3) Masukkan coklat rice dan gaul hingga rata
4) Kukus selama 15-20 minit bergantung pada saiz...

SELAMAT MENCUBA




Thursday, October 27, 2011

Popiah goreng bercili




bahan-bahan untuk inti
bawang besar
bawang putih
taugeh
lobak merah
sengkuang
sos tiram
(ikut citarasa nak bubuh apa sebagai inti, ada blogger yg saya tgk bubuh daging burger hancur2kan)

blender bawang merah dan putih
tumis hingga naik bau
masuk sos tiram
taugeh
lobak merah
sengkuang
dan bubuh garam sedikit

toskan air nye

dah agak sejuk sedikit, masukkan dalam kulit popiah tadi dan gulung


kemudian goreng popiah tu...
untuk yang cilinya..resepi saya amik kat blog



  2 sudu besar cili mesin
1 ulas bwg putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka (saya guna 1 jer)
2 sudu besar gula
sedikit minyak
garam

(sesuai untuk 10 ke 12 popiah)
selamat mencuba :)

Thursday, October 20, 2011

Mini Donut

 Donut yang telah di goreng

Donut digoreng sebentar untuk frozen, goreng pagi ni untuk sarapan pagi

Resepi

sumber: My resepi..
penyumbang : x ingat, sbb masa salin resepi x terpikir nak pos kat blog
resepi asal: Donut ball

3 cawan tepung gandum
1/2 pack mauripan
1 sudu pekat
2 sudu marjerin
sedikit air
gula aising
minyak untuk menggoreng

- mauripan dibancuh dgn airsejuk dan di ketepikan
-satukan tepung, susu, marjerin, dan mauripan tadi
-uli dgn air sehingga doh menjadi cantik
-bulatkan doh, leperkan sedikit dan lubangkan di tengah2
-biarkan doh 10 mini dan goreng


Wednesday, June 1, 2011

Apam Beras



First attempt, jadi.....amik resepi dari kedaikamiblogspot.com... tq faizah...nnt bg resepi yg simple2 lagi ye..boleh saya cuba...kat bwh ni cnp resepinya, boleh ye Faizah...
saya buat hari tu 1/2 adunan je, dah lewat buat risau lambat siap.....tu yg buat sikit je dulu....

3 cwn tepung beras (1 1/2)
2 cwn gula pasir-saya kurangkan jadi 1 1/2cawan (1)
1 cwn tpg gandum (1/2)
1 peket mauripan (1/2)
2 (1) cawan nasi blender sampai hancur dengan 3(1 1/2) cwn air
kelapa parut anggaran 1/2 biji digaulkan dengan sedikit garam

cara-cara:

masukkan semua bahan kering dalam bekas dan kacau rata
masukkan pula nasi yang telah dikisar dan kacau rata sampai tak berketul
perap adunan.tutup dengan kain/tuala bersih lebih kurang 1 jam.
sementara tu panaskan periuk kukus.
sebelum kukus, sapu minyak masak sikit dekat acuan lompang supaya tak melakat.
kukus anggaran lebih kurang 10-15 api sederhana

Wednesday, April 20, 2011

Apam polkadot...

amboi famous tul yer apam nie.... dah la comel , warna warni plak.....hari tu buat untuk anak2 dan suami makan....kata dania...apam zirafah ke bu...boleh lah zirafah pun zirafah lah....nak tau kenapa zirafah...sbb bt 2 warna je...putih dan coklat...nampak mcm zirafah lah...




Yang x de filling, untuk hairie...dia x suka ...



lagi2 apam polkadot aka apam dot-dot,


ni proses pembuatannya...



dah siap... blm di packing






Bagi yang berminat nak buat sendiri...x susah pun...saya pun amik resepi ni dari
my resepi
dan
www.teratakdhia.blogspot.com

tq to kak dhia....

http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/apam-polkadot.html