Tuesday, October 4, 2011

Non baked oreo cheese cake




Non baked buat sempena birthday Hairie, datuk ngan nenek bulan sept hari tu....rasanye sedap lagi kalau lapis ngan oreo tu banyak sikit kot..rasa dah ok cuma muak sikit sbb lapisan oreo sikit sgt,,,tp bg mereka yang suka cheese mungkin ok kot....
resepi ni dapat dari kawan adik, dari mana dia dapat resepi x pasti lah plak yer..hehehe

Bhn2
bhg base 1 1/2 cwn biskut oreo coklat 50g mentega
bhg krim 500g krim cheese 1/2 cwn gula kastor 15g geletin lemon/orange oil 100ml air 1 kotak whipping krim
hiasan biskut oreo
Cara2
bhg base hancurkn biskut + mentega, tekan biskut dlm loyang pembakar msukkn loyang dlm peti sejuk, shingga base keras
15g geletin + 100ml air, guna cara double boil = larut
bhg krim putar krim cheese hingga lembut + gula + lemon/orange oil = ketepikn putar wipping krim = kembang msukkn bhg krim cheese dlm bekas wipping krim + geletin, kacau rata
kuar kn bhg base, tuang bhg krim separuh atas bhg base + biskut oreo susun last msukkn separuh krim cheese last skli msukkn dlm peti sejuk selama 1-3jam @ smlman
selamat mencube


 





Monday, September 26, 2011

Bihun sup



Kat umah ni kalau masak selain nasi..baru laku...kalau nasi..anak2 x berapa gemar sgt nak mkn . masak bihun sup hari ni 3 mangkuk Hairie makan...puas hati

Bahan2

sup

Bawang besar
halia
bawang putih
ayam
sup bunjut
kiub ayam knor
sos tiram
bunga lawang
buah pelaga

cili kicap

bawang besar
bawang putih
cili padi
kicap pekat

cara2
sup

1) rebus ayam
2) tumis bawang putih, bwg besar dan galia yang dimesin tadi bersama buah pelaga dan bunga lawang
3) agak2 kekuningan, toskan minyaknye..tumisan td dimasukkan dalam air rebusan ayam td.
4) ayam yang d rebus tadi boleh di keluarkan dan dicarik-carik
5) setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan kiub ayam knor, sup bunjut, sos tiram dan sedikit garam
6) tunggu bebrapa minit, boleh tutup apinya..

cili kicap
1) sangai cili padi, bawang besar dan bwg putih
2) kemudian blender bersama kicap pekat dan sup yang telah dimasak td.

hiasan
1) setelah siap bolehlah dihias dengan daun sup/daun bawang, bawang goreng, cili merah, fish cake, telur



Saturday, September 24, 2011

Kek Choc Moist

Kek choc moist






struktur kek



1 peket boleh dapat 2 biji kek ni




pandangan tepi







boleh dapat 22-25 bekas dadih







Bahan2:

1 peket tepung kek choc moist
3 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

cara:
pecahkan 3 biji telur tadi dalam mangkuk yang berasingan
pukul
campurkan dalam adunan tepung kek choc moist
kemudian campurkan susu cair, kacau
campurkan lagi minyak masak, kacau
campurkan air panas, kacau
dah sebati boleh kukus. bakar lebih kurang 1 jam

pastikan adunan ini hanya diisi separuh dari bekas loyang sebelum dikukus aytau dibakar
selamat mencuba

Wednesday, September 21, 2011

Tepung Kek Choc Moist ready to be pick up




Order dari regular customer....dah siap...tunggu customer datang amik di rumah aje....BAgi yang belum mencuba...meh la cuba... x nyesal punye..yang nak buat open house hujung2 minggu ni boleh buat sendiri kek choc moist ni...raya haji pun nak dekat....boleh jadi juadah di hari raya....buat bg mak dan mak mertua di kg....

Sunday, September 18, 2011

Tempahan coklat lagi



Tempahan Azura , member adik ipar dari Melaka untuk hantaran perkahwinan.
Harap berpuas hati, dan order lagi
tracking no: em154657813my

Thursday, September 15, 2011

Homemade icecream



ice cream yg sudah boleh dimakan..hias dgn choc rice



dlm btk kon....

resepi diambil dari kak Jue Nida , kongsi resepi

resepi dah di ubah suai sedikit...

3/4 cawan susu pekat manis
2 cawan air masak
1 sudu besar ovalate
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila
2/3 serbuk koko @ perasa dan pewarna coklat

cara:

1) tuang 3/4 cawan pekat manis dan 2 cawan air masak dalam periuk
2) masukkan sesudu besar tepung jagung, kacau rata dalam susu dan air tadi (utk mengelakkan cepat cair)
3) kacau atas api sehingga tepung tadi agak masak
4) kemudian sejukkan
5) apabila dah sejuk tambahkan satu sudu ovalate dan esen vanila, koko, @ pewarna dan perisa
6) kemudian kacau dengan mixer dgn kelajuan tinggi hingga gebu, ringan dan penuh bekas.
7) bekukan...:)



Tuesday, September 13, 2011

Kuah Paprik



Kuah Paprik

200 gm daging lembu
200 gm daging ayam
100 gm sotong
100 gm udang
jagung
lobak
cili padi (diketuk)
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu besar sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
sedikit air, garam , minyak

cara:

1)tumis separuh bawang besar, putih dan cili kisar
2) masukkan daging lembu dan sedikit air, masak hingga lembut
3) masukkan bawang2 yang dihiris tadi, ayam, sotong, udang, jagung, lobak merah dan cili padi
4) masukkan sos tiram, sos cili, tomato dan garam

P/s: bahan2 dlm boleh ubah ikut citarasa sendiri, saya x buh makanan laut sbb en.suami allergic, so saya gantikan ngan fish cake..sdp gak tu......huhuhu..