Monday, November 26, 2012

Pancake




Pancake dengan blueberry dan peanut butter

Resepi asal :
amik dari blog

saya copy paste je kat bawah ni ye... dah try tinggalkan komen kat blog akak tp x leh...
sorry... :(


Resepi pancake

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur
1 cawan susu segar atau susu sejat
2 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Gaul tepung, gula dan baking powder dalam satu bekas besar.
2. Pukul telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam satu bekas asing.
3. Gabungkan kedua-dua campuran perlahan-lahan.
4. Panaskan non-stick pan, bila dah panas kecilkan api dan tuangkan campuran sebesar saiz yang dikehendaki. Saya guna pan kecil ngam-ngam saiz pancake.
5. Kalih pancake apabila gelembung-gelembung udara telah kelihatan di bahagian atas/tepi dan apabila dikalih warnanya sudah perang.
6. Panaskan sekejap sebelah lagi satu dan siap!
7. Boleh makan dengan madu, coklat dan macam2 lagi asalkan keluarga suka. Makan begitu sahaja pun sedap.

Sunday, November 25, 2012

Bluberry muffin






Blueberry muffin
Resepi asal:
Qasqh Alya = GTPM

Bahan2

4sb mentega- di cairkn.
2cwn tpg gandum
1cwn gula perang
1cwn susu cair
2sk baking
1/2st garam
2 biji telur
1sk esen

masukkan semua bahan2 di atas supaya sebati..dn bakar.... 150darjah selama 20min..

Mini Pizza








Mini pizza

Base mini pizza ni kita ikut adunan Mini donut ... Kalau guna adunan donut ni senang, x byk bhn nak di gunakan..kebanyakkan semua ada kat umah... kita copy paste lagi sekali lah resepi dia kat sini

Base pizza


3 cawan tepung gandum
1/2 pack mauripan
1 sudu pekat
2 sudu marjerin
sedikit air
gula aising
minyak untuk menggoreng

- mauripan dibancuh dgn airsejuk dan di ketepikan
-satukan tepung, susu, marjerin, dan mauripan tadi
-uli dgn air sehingga doh menjadi cantik
- ambil doh ikut saiz pizza yang kita nak...
- bulat2 kan dan leperkan mcm gbr kat atas tu... :)
Bahagian atas pizza
- sapu sos cili , thousand island
- susun hot dog yang telah dihiris
-tabur jagung + carrot + kacang peas 
- tabur mozarella cheese

Bakar pada suhu 180c, 20 minit

Monday, November 12, 2012

Berminat menjadi agent kek choc moist sekitar sungai buloh aje...

Salam..di sini saya ingin membuka peluang pendapatan bagi mereka di sekita sungai buloh yang ingin menjadi agen kek choc moist .... kalau yang berada luar dari sungai buloh boleh juga...tp kena dtg pick up sendiri lah yer... berminat boleh email saya di masrinareza@gmail.com ...saya akan bg detail nyer... tq....




Sunday, November 4, 2012

Tempahan Red Velvet Cake







Ni dia tempahan Red velvet hari raya haji hari tu..kepada yang berminat area Sungai Buloh, boleh lah hubungi saya.. 1 biji kek rm 12 jer....

Wednesday, October 24, 2012

Red velvet Cake





Entri kedua red velvet untuk malam ni...entri yang pertama dgn x sengaja terdelete..kecewa betul...
Percubaan pertama buat kek ni raya puasa hari tu... tup tup raya haji ada org nak tempah...alhamdulillah, rezeki... resepi hari tu, ambil dari utube luar negeri...x ingat dah link nye kat mana... tp baru2 ni terintai blog Kak ita dan QH , jumpa lak resepi yang senang..so saya pun cuba yg ni..alhamdullillah..menjadi...

Resepi


Bahan2
1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah 
57 gm butter tampa garam (saya guna 1/4 cawan)
3/4 cawan gula 
1 biji telur - guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - ( saya guna 1/2 cawan susu cair + 1 sudu besar cuka)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda


Cara

Dalam satu bekas ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung).
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
Bakar pada suhu 150c, 20 minit (ikut oven saya)


Cream Cheese Frosting

Ada 2 resepi yang boleh digunakan

1) resepi yang pertama ( x ingat sumbernya)
     125 gm cream cheese
      60 gm butter
      60 gm gula icing

Pukul cream cheese dengan butter hingga kembang, masukkan gula icing sedikit demi sedikit hingga betul2 kembang dan gebu 

2) boleh guna cara kak ita , tambahkan sedikit fresh cream yang dipukul kental, untul memudahkan kita mendeko ..boleh rujuk sini... kak ita

Sunday, October 21, 2012

Nasi Tomato




Nasi Tomato

Resepi asal: Dapur Tanpa Sempadan
Resepi bawah ni, dah diolah sedikit, mengikut bahan2 yang ada di rumah.... dan cara tersendiri...minta maaf ye tuan punya resepi.... :)

Bahan:

4 cawan beras , cuci
1 tin tomato puree yg kecil, (saya guna 1 tin sbb x de sos tomato kat rumah)

3 camca besar minyak sapi
2 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3  cawan air
11/2 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato , kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan tutup periuk tadi dalam 1-2 minit)
  2.  Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.