Thursday, April 12, 2012

Puding Kasih Bertaut

Puding not look nice...tp nak post gak...huhuhu...
nak tau kenapa saya katatak berapa cantik
1) loyang terlalu nipis..menyebabkan pudingnya nampak leper jer..
2) Dasar puding warna cerah, nampak mcm puding nya hanya yg bahangian keliling tu jer...

Insyaallah next time try buat yang lebih baik yer...



Resepi asal amik dari Blog HaSue .. tp saya dah ubah sikit....

Bahan A:
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)-hasue letak kaler merah jambu dan buh perasa ros

Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan B: Saya ubah sikit
1/2 peket serbuk agar2 yg 10gm tu
500 ml air
3/4 cawan gula pasir
sehelai daun pandan

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi agar-agar A. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

Tempahan Kek

Kek Coklat Moist yang di tempah oleh my cousin ..Kak Naz ..Kajang...
1) Anniversary Cake
2) Birthday cake






Order lagi ....

Order coklat kali ni dari Zira ,Sungai Buloh



Kat Bawah ni Birthday Gift for my niece
Nisa Atiqah
Happy birthday to birthday girl


Thursday, February 16, 2012

Kek Mentega


Request dari anak..nak makan kek... ronda punya ronda..jumpa resepi kek yang paling mudah...resepi ni dapat dari My resepi- Akma 4th ... resepi memang senang..dan sedap... Jom lah cuba....

Resepi

     Bahan A:
250g self raising flour( saya guna 250gm tepung gandum + sesudu kecil baking powder)
40g susu tepung
200g mentega

Bahan B:
5 biji telur
200g gula kastor (160g gula pasir)
1 camt. esen vanila

Cara-cara

  1. Bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Bahan B dipukul sehingga sebati sahaja, xperlu pukul sampai kembang.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul sehingga gebu.
  4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang

Monday, February 13, 2012

Puding Karamel Oreo tanpa telur

Ronda-ronda cari resepi dan terjumpa resepi puding karamel tanpa telur dari My resepi , firasyira .... bagi yang alleregic telur atau yang x berapa minat rasa telur ..boleh lah cuba.... Cara nya memang amat mudah sekali .... tapi saya menderhaka sikit.. pandai2 bubuh oreo crumb... hehehe...


Resepi

Bahan A 
  2 senduk gula 

Bahan B   
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula 

Bahan C   
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
sedikit oreo crumb

(Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

  1.   Hanguskan gula terus atas acuan,bila berwarna keemasan tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. 
  3. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. 
  4. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. 
  5. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. 
  6. masukkan sedikit oreo crumb dan kacau perlahan
  7. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

Order dan design baru coklat

antara design yang ada

order dari izan ismail, Melaka


order dari Effarida Bakri, Damansara Damai


Tq...dan harap berpuas hati.....

Thursday, January 19, 2012

Apam Kukus Choc Rice


Lama dah tak menjejak kan jari kat blog ni... Semalam tengah2 syok tgk fb...tetiba tergerak hati nak buka page Kongsi resepi ... saya pun scroll down...tgk2 resepi... tetiba terhenti lak kat resepi dari Qasey Honey apam kukus choc rice ni...  bahan2 semua ada kat rumah ni... apa lagi... jom buat....

Resepi asal ni pun Qasey Honey dapat dari sini ... jom tengok apa bahan2 nya...

Apam kukus choc rice

200 gm gula halus
2 biji telur
160 ml air
200 gm tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1/2 baking powder
25gm serbuk koko
1 sudu teh emulco
1 sudu kecil ovalete
coklat rice

cara-caranya

1) satukan telur gula dan air, pukul hingga putih dan berbuih
2)Ayak bersama tepung, serbuk koko, garam , baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan telur sambil dipukul perlahan hingga sebati. Masukkan coklat emulco dan ovalette dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan jadi agak kental.
3) Masukkan coklat rice dan gaul hingga rata
4) Kukus selama 15-20 minit bergantung pada saiz...

SELAMAT MENCUBA