Monday, September 12, 2011

Kuih raya 2011

Jom kita tgk2 kuih raya yang saya buat thn ni....x le seberapa...tapi ok lah...dpt bt pun 4 jenis ni je...sibuk dgn tempahan....

semua resepi ni amik dari my resepi dan ada dari blogger2 masakan yg lain..
maaf ye yg mana ada resepi tp saya x masukkan nama blogger..sbb x ingat...huhuhu...
anyway thanks..pd yg menyumbang resepi





Choc sticks

125 gm mentega
1/2 camca teh esen vanila
30 gm gula aisin
130 gm tepung gandum
15 gm tepung beras

cara:

Putar mentega, gula aising dan esen vanila
masukkan tepung, gaul sebati
tepung tadi saya masukkan dalam piping beg, potong muncung dia lebih kurang 2cm
picitkan ikut sama panjang
bakar pada suhu 175c anggaran 20 minit
corakkan coklat atasnye....






Sarang semut

250 gm butter
100 gm gula halus
350gm tepung gandum (diayak)
100 gm tepung jagung ( diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
choc rice/manik utk hiasan

cara

pukul kembang butter dan gula
masukkan kuning telur
masukkan tepung dan gaul rata
parutkan adunan dalam mangkuk kecil
dan sudukan dalam paper cup
taburkan coklat rice dan manik
bakar dalam oven dgn suhu 180c anggaran 15minit





Biskut Arab

500 gm tepung gandum
250gm gula halus
250 gm minyak sapi

cara:

gaul tepung, gula, minyak sapi yang dicairkan sehingga sebati
ambil sedikit adunan, bahagikan kepada 3 warna
bulat2 sepert guli dan dipeperkan sedikit
(bulat tu jgn besar sgt, nnt dah masak jadi besar sgt..hehhehe)
kemudian digolekkan atas gula halus (saya x golekkan pun sbb rasa dah manis)
bakar pada suhu 160c anggaran 20 minit




Biskut dahlia strawberry

bahan a
200 gm mentega
100 gm gula icing
a biji kuning telur
1/2 tsp perasa strawberry
1/2 tsp pewarna merah

Bahan b

250gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad

cara:
sebatikan bahan a
masukkan bahan b dan uli rata
guna acuan dan paipkan
tabur manik/ceri atasnya sbg hiasan
bakar selama 15 minit dgn suhu 145c

Sunday, September 11, 2011

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri untuk pengunjung2 Mas kitchen...lama dah x menjenguk kat sini...sibuk di bulan Ramadhan dgn persiapan raya , menyiapkan order tepung kek coklat moist dan juga tempahan coklat...jom tengok order coklat dari customer....

mix filling
badam
bubble rice
kismis
orange
strawberry

masih dibuka untuk tempahan..satu balang 35 biji

rm 28













Sunday, July 3, 2011

Asam pedas ikan tenggiri



Gambar tak kemas...nak cepat sgt hari tu tangkap gambar...

Resepi

1 biji Bawang besar
4 ulas bawang putih
serai
daun kesom
bunga kantan
serbuk kunyit
cili yang di mesin
air asam jawa
bendi
ikan tenggiri

tumis bawang besar, bawang putih yang di mesin bersama cili dan kunyit
masukkan daun kesom, serai, bunga kantan
setelah agak garing, baru masukkan air asam dan ikan
masukkan garam dan sedikit gula
setelah mendidih , tutup api
boleh dihidangkan





Coklat untuk hantaran tunang



Order dari Sarah, Melaka, untuk hantaran pertunangan
Harap suka dan order lagi untuk kenduri perkahwinan yer...
hehehe

Sunday, June 26, 2011

order coklat sepanjang june...



order dari Hajar , Melaka untuk majlis pertunangannya



order dari zarina, chemor untuk birthday husband nyer...



order dari Adle, Melaka minta pos ke Penang untuk buah hatinya..



order dari Mami dan Arif di Melaka untuk makan-makan



Order dari Adle di Melaka untuk pos ke Penang, sempena anniversary..


Harap semua berpuas hati dan order lagi ya...


Wednesday, June 1, 2011

Apam Beras



First attempt, jadi.....amik resepi dari kedaikamiblogspot.com... tq faizah...nnt bg resepi yg simple2 lagi ye..boleh saya cuba...kat bwh ni cnp resepinya, boleh ye Faizah...
saya buat hari tu 1/2 adunan je, dah lewat buat risau lambat siap.....tu yg buat sikit je dulu....

3 cwn tepung beras (1 1/2)
2 cwn gula pasir-saya kurangkan jadi 1 1/2cawan (1)
1 cwn tpg gandum (1/2)
1 peket mauripan (1/2)
2 (1) cawan nasi blender sampai hancur dengan 3(1 1/2) cwn air
kelapa parut anggaran 1/2 biji digaulkan dengan sedikit garam

cara-cara:

masukkan semua bahan kering dalam bekas dan kacau rata
masukkan pula nasi yang telah dikisar dan kacau rata sampai tak berketul
perap adunan.tutup dengan kain/tuala bersih lebih kurang 1 jam.
sementara tu panaskan periuk kukus.
sebelum kukus, sapu minyak masak sikit dekat acuan lompang supaya tak melakat.
kukus anggaran lebih kurang 10-15 api sederhana

Thursday, May 26, 2011

lagi pilihan coklat...






menerima tempahan untuk doorgift juga.....



bentuk kerang dan love



sebagai pilihan untuk anda....