Wednesday, March 26, 2014

Oat and Wheat

1) Tak sempat buat sarapan untuk suami dan anak?
2) Anak-anak tak gemar makan nasi?
Boleh dapatkan oat and wheat ni.... sesuai untuk diet juga....
Banyak permintaan oat ni....memang sedap.... wasap utk order :0133756442

Monday, March 24, 2014

Mencari agen/ dropship firmax3

Firmax-3, produk kesihatan dan kecantikan yang tidak diragui.,..ramai yang telah mencubanya..malah saya dan keluatga pun telah menggunakannya..dan telah menampakkan kesan yang memberangsangkan....

Testimoni ini dari ayah sendiri: menggunakan firmax-3, hanya dalam beberapa minggu, ayah saya menghidap penyakit gout sudah bertahun2 lamanya... dengan hanya beberapa coletan firmax-3, ayah saya semakin beransur pulih... sudah boleh berjalan jauh sedikit, kalau tidak jalan sikit je dah sakit badan... tak rugi anda mencubanya...

Ia bukan sahaja untuk kesihatan, bagi wanita yang nak mencantikkan kulit wajah, nampak lebih cerah, menegangkan kulit muka, menghilangkan dagu dua, menegangkan perut bagi wanita yang sudah bersalin, menghilangkan jerawat....

Agen diperlukan... berminat boleh wasap saya 013-3756442...bagi yang minat berniaga....



Sunday, December 22, 2013

Marie Layer Cheesecake with Oreo







Produk terbaru dari Maskitchen...Marie layer cheesecake with oreo.... sedap dan menyelerakan....bg peminat2 tegar cheese mesti dapatkannya.....  sebekas RM6..... Area Sungai Buluh, Saujana Utama, Bandar Sunway, Kuang, Kundang, Tasik Biru , Caj penghantaran di kenakan bg tempat-tempat tertentu ya....




Resepi Marie Layer Cheesecake with Oreo

Bahan2
Biskut marie
Cream cheese
Butter
gula icing
oreo crumb


Cream cheese frosting

250 gm cream cheese
100 gm butter
30   gm gula icing

Mix hingga sebati



cara...

Base cake
1) lapis dgn biskut marie, kemudian lapiskan dengan cream cheese
2) ulang langkah 1, sehingga 3/4 kali...
3) atas sekali taburkan dengan oreo crumb,
4) simpan dalam peti ais 3 hingga 4 jam...
5) sedia dimakan.... :)






Red Velvet Ke Melaka


Order ni dari kawan adik di Melaka.... kebetulan adik dtg ke rumah last week...so boleh kirim bawa balik...so customer2 yang berada di Melaka kalau nak order.. boleh jer...tp kena tunggu saya balik kg baru bawak lah yer......   

Wednesday, November 27, 2013

Tempahan Melty Hershey, Red Velvet dan Choc Cheese cake

Antara kek yang pernah di tempah oleh pelanggan dari kami....





Melty Hershey

Assalamualaikummm...lama dah x bersiaran dalam dunia blogger ni..huhu...sejak bekerja mmg x de masa nak online dah.... Saya ada produk baru yang sedang laris di pasaran ni...melty hershey...makan sejuk2...walla...rasa mcm aiskrim.....  Berminat boleh contact saya mas -0133756442 ...sebagai agen sah zazsbakery sweetouch...... jom layan gambar2 dulu......








RM7 per box.... sekitar Sungai Buloh, Saujana Utama

Tuesday, May 7, 2013

Birthday Cake

 Order dari Noora
Guru Di Sek. Ren. Islam At-Taqwa

 Order dari Yan dan Ustazah Wan
Guru Di Sek.Ren .Islam At-Taqwa

Order dari Su, Damansara Damai

Wednesday, January 23, 2013

homemade choc dan red velvet

 Homemade choc order dari Mariam , Kundang 
Untuk hantaran tunang

2 red velvet order dari Husna , Shah Alam
1 red velvet order dari Dina , Damansara Damai

Tuesday, December 25, 2012

Tempahan red velvet cake- Kota Damansara Lagi





Tempahan dari Diya, Kota Damansara, member Izan yang order last week...tq order ya....:)

Thursday, December 20, 2012

Monday, December 17, 2012

Tempahan coklat - Kuang, Rawang







Tempahan Coklat tunang dari Maziah, Kuang, Rawang
Yang bertunang pada 16/12/2012

Tqvm..:)

Wednesday, December 12, 2012

Order Order

 5 peket order dari kak jah, kuang

5 peket di hantar ke melaka

 Order dari Hajar , Kuang

Order dari Su, Damansara Damai dan Azu, Kuang

Monday, November 26, 2012

Pancake




Pancake dengan blueberry dan peanut butter

Resepi asal :
amik dari blog

saya copy paste je kat bawah ni ye... dah try tinggalkan komen kat blog akak tp x leh...
sorry... :(


Resepi pancake

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur
1 cawan susu segar atau susu sejat
2 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Gaul tepung, gula dan baking powder dalam satu bekas besar.
2. Pukul telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam satu bekas asing.
3. Gabungkan kedua-dua campuran perlahan-lahan.
4. Panaskan non-stick pan, bila dah panas kecilkan api dan tuangkan campuran sebesar saiz yang dikehendaki. Saya guna pan kecil ngam-ngam saiz pancake.
5. Kalih pancake apabila gelembung-gelembung udara telah kelihatan di bahagian atas/tepi dan apabila dikalih warnanya sudah perang.
6. Panaskan sekejap sebelah lagi satu dan siap!
7. Boleh makan dengan madu, coklat dan macam2 lagi asalkan keluarga suka. Makan begitu sahaja pun sedap.

Sunday, November 25, 2012

Bluberry muffin






Blueberry muffin
Resepi asal:
Qasqh Alya = GTPM

Bahan2

4sb mentega- di cairkn.
2cwn tpg gandum
1cwn gula perang
1cwn susu cair
2sk baking
1/2st garam
2 biji telur
1sk esen

masukkan semua bahan2 di atas supaya sebati..dn bakar.... 150darjah selama 20min..

Mini Pizza








Mini pizza

Base mini pizza ni kita ikut adunan Mini donut ... Kalau guna adunan donut ni senang, x byk bhn nak di gunakan..kebanyakkan semua ada kat umah... kita copy paste lagi sekali lah resepi dia kat sini

Base pizza


3 cawan tepung gandum
1/2 pack mauripan
1 sudu pekat
2 sudu marjerin
sedikit air
gula aising
minyak untuk menggoreng

- mauripan dibancuh dgn airsejuk dan di ketepikan
-satukan tepung, susu, marjerin, dan mauripan tadi
-uli dgn air sehingga doh menjadi cantik
- ambil doh ikut saiz pizza yang kita nak...
- bulat2 kan dan leperkan mcm gbr kat atas tu... :)
Bahagian atas pizza
- sapu sos cili , thousand island
- susun hot dog yang telah dihiris
-tabur jagung + carrot + kacang peas 
- tabur mozarella cheese

Bakar pada suhu 180c, 20 minit

Monday, November 12, 2012

Berminat menjadi agent kek choc moist sekitar sungai buloh aje...

Salam..di sini saya ingin membuka peluang pendapatan bagi mereka di sekita sungai buloh yang ingin menjadi agen kek choc moist .... kalau yang berada luar dari sungai buloh boleh juga...tp kena dtg pick up sendiri lah yer... berminat boleh email saya di masrinareza@gmail.com ...saya akan bg detail nyer... tq....




Sunday, November 4, 2012

Tempahan Red Velvet Cake







Ni dia tempahan Red velvet hari raya haji hari tu..kepada yang berminat area Sungai Buloh, boleh lah hubungi saya.. 1 biji kek rm 12 jer....

Wednesday, October 24, 2012

Red velvet Cake





Entri kedua red velvet untuk malam ni...entri yang pertama dgn x sengaja terdelete..kecewa betul...
Percubaan pertama buat kek ni raya puasa hari tu... tup tup raya haji ada org nak tempah...alhamdulillah, rezeki... resepi hari tu, ambil dari utube luar negeri...x ingat dah link nye kat mana... tp baru2 ni terintai blog Kak ita dan QH , jumpa lak resepi yang senang..so saya pun cuba yg ni..alhamdullillah..menjadi...

Resepi


Bahan2
1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah 
57 gm butter tampa garam (saya guna 1/4 cawan)
3/4 cawan gula 
1 biji telur - guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - ( saya guna 1/2 cawan susu cair + 1 sudu besar cuka)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda


Cara

Dalam satu bekas ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung).
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
Bakar pada suhu 150c, 20 minit (ikut oven saya)


Cream Cheese Frosting

Ada 2 resepi yang boleh digunakan

1) resepi yang pertama ( x ingat sumbernya)
     125 gm cream cheese
      60 gm butter
      60 gm gula icing

Pukul cream cheese dengan butter hingga kembang, masukkan gula icing sedikit demi sedikit hingga betul2 kembang dan gebu 

2) boleh guna cara kak ita , tambahkan sedikit fresh cream yang dipukul kental, untul memudahkan kita mendeko ..boleh rujuk sini... kak ita

Sunday, October 21, 2012

Nasi Tomato




Nasi Tomato

Resepi asal: Dapur Tanpa Sempadan
Resepi bawah ni, dah diolah sedikit, mengikut bahan2 yang ada di rumah.... dan cara tersendiri...minta maaf ye tuan punya resepi.... :)

Bahan:

4 cawan beras , cuci
1 tin tomato puree yg kecil, (saya guna 1 tin sbb x de sos tomato kat rumah)

3 camca besar minyak sapi
2 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3  cawan air
11/2 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato , kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan tutup periuk tadi dalam 1-2 minit)
  2.  Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.





Thursday, October 18, 2012

Cream Puff


Salam dan selamat pagi semua... Jom Sarapan Cream puff dengan inti custard.. Dah lama dah teringin nak buat, org sibuk buat crepe durian sekarang, kita terhegeh2 buat cream puff ni..hehe...
Resipi ni amik dari blog HaSue , mmg sedap...anak2 pun suka.. Saya c&p je ye , jgn marah...

Resepi

Cream Puff

Bahan-bahan ( 10 biji )-kalau buat comel2 dapat banyak gak.. (saya buat dapat dalam 20 biji, mungkin comel je saya buat ..huhu)
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm (tp x de butter saya guna mentega jer)
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara

Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit.(kalau agak dah nak gelapkan sangat warnanya, boleh keluarkan dah , tp jgn cepat sgt, agak2 nak sampai 25 minit tu, ok lah ). Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.


Custard Cream

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
(Saya masak atas api perlahan, kacau hingga pekat)
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.