Tuesday, December 25, 2012

Tempahan red velvet cake- Kota Damansara Lagi





Tempahan dari Diya, Kota Damansara, member Izan yang order last week...tq order ya....:)

Thursday, December 20, 2012

Monday, December 17, 2012

Tempahan coklat - Kuang, Rawang







Tempahan Coklat tunang dari Maziah, Kuang, Rawang
Yang bertunang pada 16/12/2012

Tqvm..:)

Wednesday, December 12, 2012

Order Order

 5 peket order dari kak jah, kuang

5 peket di hantar ke melaka

 Order dari Hajar , Kuang

Order dari Su, Damansara Damai dan Azu, Kuang

Monday, November 26, 2012

Pancake




Pancake dengan blueberry dan peanut butter

Resepi asal :
amik dari blog

saya copy paste je kat bawah ni ye... dah try tinggalkan komen kat blog akak tp x leh...
sorry... :(


Resepi pancake

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur
1 cawan susu segar atau susu sejat
2 sudu besar mentega

Cara-cara:
1. Gaul tepung, gula dan baking powder dalam satu bekas besar.
2. Pukul telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam satu bekas asing.
3. Gabungkan kedua-dua campuran perlahan-lahan.
4. Panaskan non-stick pan, bila dah panas kecilkan api dan tuangkan campuran sebesar saiz yang dikehendaki. Saya guna pan kecil ngam-ngam saiz pancake.
5. Kalih pancake apabila gelembung-gelembung udara telah kelihatan di bahagian atas/tepi dan apabila dikalih warnanya sudah perang.
6. Panaskan sekejap sebelah lagi satu dan siap!
7. Boleh makan dengan madu, coklat dan macam2 lagi asalkan keluarga suka. Makan begitu sahaja pun sedap.

Sunday, November 25, 2012

Bluberry muffin






Blueberry muffin
Resepi asal:
Qasqh Alya = GTPM

Bahan2

4sb mentega- di cairkn.
2cwn tpg gandum
1cwn gula perang
1cwn susu cair
2sk baking
1/2st garam
2 biji telur
1sk esen

masukkan semua bahan2 di atas supaya sebati..dn bakar.... 150darjah selama 20min..

Mini Pizza








Mini pizza

Base mini pizza ni kita ikut adunan Mini donut ... Kalau guna adunan donut ni senang, x byk bhn nak di gunakan..kebanyakkan semua ada kat umah... kita copy paste lagi sekali lah resepi dia kat sini

Base pizza


3 cawan tepung gandum
1/2 pack mauripan
1 sudu pekat
2 sudu marjerin
sedikit air
gula aising
minyak untuk menggoreng

- mauripan dibancuh dgn airsejuk dan di ketepikan
-satukan tepung, susu, marjerin, dan mauripan tadi
-uli dgn air sehingga doh menjadi cantik
- ambil doh ikut saiz pizza yang kita nak...
- bulat2 kan dan leperkan mcm gbr kat atas tu... :)
Bahagian atas pizza
- sapu sos cili , thousand island
- susun hot dog yang telah dihiris
-tabur jagung + carrot + kacang peas 
- tabur mozarella cheese

Bakar pada suhu 180c, 20 minit