Monday, September 10, 2012

Biskut Aiskrim




Biskut Aiskrim
Resepi dari Norizan Nasib (GTPM)

Bahan2
200gm mentega
150gm gula aising

3 biji kuning telur
50gm milo
50gm tepung kastard
350gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
white chocolate secukupnye
chocolate rice secukupnye

Cara2
Pukul mentega & gula hingga sebati dan masukkan telur.
Masukkan milo, tepung kastard & tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder dan uli hingga menjadi doh. Canai dan terap. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.
Sejukkan dan celup dalam white chocolate yg telah dicairkan dan tabur chocolate rice.
 
 
 
 

Tepung Pelita







Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

Roti Jala



Roti Jala dan Kari Ayam

roti jala
blender
telur sebiji
100 gm marjerin


garam dan kunyit sedikit
2 cawan tepung
2 1/4 cawan air
(air dan tepung blend sedikit demi sedikit)
kalau rasa masih pekat boleh tambahkan air sedikit
pastu dah siap boleh menjala, atas kualii dgn minyak yg sedikit (hanya sapu dgn tisu)
kari ayam
tumis kulit kayu manis,bunga cengkih
dah naik bau masukkan bawang besar, putih dan halia yang di blender dan serbuk kari..
dah agak garing masukkan, santan, kentang dan ayam... dan sedikit garam
biarkan hinnga empuk kentang

Friday, June 22, 2012

Tempahan coklat raya 2012






Tempahan coklat untuk raya 2012, telah dibuka.... 
28 biji rm20
hanya untuk yang boleh pick up sendiri
area Sungai buloh
filling badam hancur
tempahan akhir pada 20 Julai 2012
plz email masrinareza@gmail.com untuk pertanyaan lanjut

Monday, May 14, 2012

Doorgift

 Sesuai dijadikan doorgift untuk sebarang majlis.... 1 box love shape (saiz s) boleh memuatkan 5 pcs praline choc



Yang ni Dhaniyah bawa untuk cikgu, antara hadiah hari guru

Sunday, May 13, 2012

Kek Coklat Milo Kukus


 Kek Coklat Milo Kukus


Bahan-bahannya:-

A
1/2 cwn koko
1/2 cwn milo
1/2 cwn susu pekat manis
1  susu cair
1 cwn gula kastor (saya guna gula halus)
1 cwn butter cair

B
1 1/2 cwn tepung gandum
1 camca teh Baking powder
1 camca teh Bicarbonat soda

C
3 biji telur

Cara-caranya:-

Bahan A dimasak sampai larut dan disejukkan..pukul bahan C sampai kembang dan masukkan dalam A yang telah sejuk..gaul rata...kemudian masukkan bahan B yang telah diayak bersama...kaup balikkan sampai rata..masukkan dalam loyang dan kukus sampai masak...

Monday, May 7, 2012

Tempahan Coklat Minggu Lepas

Kali ni di order oleh Nira Norani Binti Sulaiman, dari Taman Melaka Raya , 2 love box, filling strawberry, dan badam hancur... tq